Mengenai Saya

Foto saya
islam
gah.....=_='' by looking with that expression ...u know who i am....

Khamis, 22 September 2016

Chapter 3

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi di dinding sekolah menengah tinggi  Showadachii, Tokyo. Semua pelajar yang berada di kawasan sekolah tersebut masing2 memasuki kelas mereka untuk memulakan pelajaran pada hari itu.  Guru disiplin sudah terpacak di depan pintu besar sekolah tersebut untuk menangkap dan mendenda budak2 sekolah yang datang lewat pada hari isnin yang cerah lagi nyaman. 

Di salah sebuah kelas yang terdapat di sekolah tersebut, kelas 2-3, kecoh dengan khabar angin yang baru tersebar pada pagi hari tentang kedatangan pelajar lelaki baharu yang terkenal di muka akhbar dan juga majalah2 sekitar negara.

"Hei, kau tau x NAKAMURA HARO, anak lelaki tunggal pemilik syarikat NAKAMURA HOLDINGS SDN.BHD tu pindah skolah kat sini la!"

"Ye! Ye! Aq ada dgr jugak! Gila lah! Hensem kot dia tu. Klu aq dapat ngurat dia, terkenal weh!"

"Heh! X mungkin lah dpt ngurat dia tu. Ko x dgr ke yg taste dia tu tinggi. Pernah hari tu pelakon terkenal yg lawa gila tu try dia tau. Tup tup dia tolak mentah2 kot! Gila hapa weh nak banding ngan kita ni..."

"Ish kau ni. Entah2 dia x suka perempuan yg popular, lelaki keliling pinggang, mana kita tau. Sebb tu dia cari perempuan biasa je macam kita ni. Haaa!!!"

"Aish! Btul jugak kata kau tu. Boleh try ni! Jom bet nak? Sapa dapat goda dia dulu, dia akan blanja makan kat kedai mahal tgah bandar tu"

"Apsal pulak yg menang kene blanja. Org yg kalah la blanja."

"Engkau ni, pikir la guna otak skit. Dah nama pon goda si NAKAMURA tu, of course la dia bagi duit kat girlfriend dia. Soooooo...."

"Ooohhhhh!!! Btul ju-"

"SEMUA BANGUNN!!!!"

Dua orang gadis yg sedang sibuk berceloteh terhenti seketika apabila ketua kelas mereka tiba2 bersuara. mereka lantas bangun mengikuti arahan yang diberikan kepada mereka sebentar tadi.

"TUNDUK HORMAT!"

"DUDUK!"

setelah arahan duduk dikeluarkan, maka dua orang gadis tadi terus melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi sambil memandang ke arah guru mereka yang berada di hadapan kelas. guru kelas mereka, seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an yang masih kelihatan muda dan ceria adalah seorang wanita yang sudah mempunyai keluarganya yang tersendiri. walaupun kelihatan ceria, namun sekiranya ada yang tidak kena, pasti akan dicari kesalahannya.

"Baiklah....hari ni....cikgu nak perkenalkan seorang pelajar baharu yang baru je berpindah ke sekolah ni hari ni.... silakan masuk!"

apabila arahan masuk diberikan, seorang gadis masuk lalu memandang ke sekeliling kelas.

"se-selamat berkenalan! na-nama saya......FUKUTOU NOA.... saya.....berasal da-dari....Kami, berdekatan dengan gunung Yakurai, Miyagi.....se....selamat berkenalan...."

"ehh.......kita ada pelajar pertukaran ke? tak tau pulak aku."

"entah! aq pun x dengar pulak yg kelas kita ni ada plajar baru nak masuk"

"tu la...dah tu...masuk waktu pertengahan tahun kot...masalah do!"

"eeeiiii....tgok baju dia...lusuh gila.....dia ni....agak2 nya...miskin ke?? baju uniform kita pun x de ni."

"mungkin masalah family kot pasai tu dia tukar sini ni."

kelas tersebut menjadi riuh rendah seketika dengan bisikan para pelajar yang dalam keadaan terkejut dengan berita yang baru mereka dengari itu. tidak pula mereka sangka bahawa kelas mereka sendiri akan ada pelajar pertukaran kerana pada masa sekarang ini, pelajar pertukaran sepatutnya tidak relevan kerana silibus pembelajaran mereka berada dalam keadaan kemuncak. 

"haish! baik semua!! diam ! diam! sekarang ni, saya nak kamu layan kawan baru kamu ni dengan baik! ada faham?!"

"faham cikgu!" jawab mereka semua.

"baiklah FUKUTOU-san.....hmmmmm.......ha!! nampak tempat kosong kat blakang kelas tu? ha! tu tempat duduk kamu okay?"

"baik cikgu! terima kasih..."

"HASHIWARA! bagi tunjuk ajar kat dia nanti! saya nak awak guide dia lepas ni, tunjukkan sekolah ni kat dia! ada faham?!"

"HAAA??!! kenapa saya pulak cikgu??!! suruh lah ketua kelas, diakan yg patutnya uruskan pelajar yang baru pindah2 ni?"

"ahhh! x de..kalau cikgu kata kamu, maka kamu la yg akan buat, klu cikgu kata ketua klas, maka ketua kelas la yang akan buat! sekarang, diam! .....oooohhh! FUKUTOU-san...silakan...ketempat kamu..saya nak mula mengajar ni....oh! pinjam la buku dgn HASHIWARA-san dulu, okay?"

"aaa...ba-baiklah...cikgu....."

lantas NOA menyambung perjalanannya menuju ke arah tempat yang telah diberitahu oleh gurunya tadi. dia dapat merasakan mata-mata sinis memandang dirinya dengan tajam sekali. hatinya x semena-mena menjadi gemuruh...takut dengan apa yang bakal terjadi pada masa yang akan datang.

sesampai sahaja ke kerusi yang dikatakan tadi, NOA lalu melabuhkan punggungnya dan meletakkan beg nya di tepi meja belajar. Dia memandang ke arah gadis yang berambut coklat gelap disebelah kanannya itu, cantik. dia lalu pantas memberi sebuah senyuman kepada gadis yang berada disebelahnya namun senyumannya itu dibalas dengan muka yang masam dan menyampah daripada jirannya. senyumannya yang tadi diberikan secara ikhlas mula lenyap sedikit demi sedikit.  gugup pula rasanya untuk dia meminta kebenaran untuk berkongsi buku teks pelajaran yang akan dia pelajari sebentar nanti...namun kerana inginkan kejayaan, NOA menguatkan juga semangatnya.

"umm.....HASHIWARA-san......boleh saya...berkongsi buku...dengan awak??"

HASHIWARA memandang NOA dengan pandangan yang tajam,

"hhhmmmpppphh!!"

lalu dia memalingkan mukanya dari memandang NOA.

"baju lusuh.....mau busuk dia lekat kat aq nanti" kedengaran bisikan halus keluar daripada mulut HASHIWARA.

''........ehehe...kalau..awak tak nak pinjamkan...x mengapa la.."

"eh!! jap! nah amik buku ni."

HASHIWARA lalu menghulurkan bukunya ke arah NOA.

'aq pinjam ngan kawan aq. lpas ko guna, ko simpan jeh buku tu! aq x nak dah!"

sakit hati apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut jirannya itu. namun NOA hanya tersenyum dan menyambut buku yang telah dihulurkan. dia sudah agak perkara ini akan terjadi. sejak dari dahulu lagi, dia selalu dilayan sebegini, tidak tahu apa salahnya. mungkin kerana penampilannya yang menonjolkan kemiskinannya..mungkin....namun itu x bermakna dia perlu dilayan sebegitu rupa.... 

"sabarlah diri......" bisik NOA kepada dirinya.

angin sepoi2 bahasa menghembus dari tingkap sebelah kiri kelas dan tiba2 bau wangian yang sangat manis memenuhi seluruh pelosok kelas tersebut...

__________________________________________________________________________________

"tengok tengok tengok!!! memang x silap lagi! NAKAMURA laaa!!!"

"haah haah haah!! wah!! hensemnye!! hensemnye! kacak! MAIGAAADDD!!!!!"

"weh weh ! tangkap gambar weh! bagi aq tangkap gambar dengan dia!"

"cis! mamat ni...jeles dow aq! dah la kaya, ada rupa plak tuuuuu!!!"

"bagi laluan kat dia! nanti dia saman ko pulak karang!"

belum apa2 pun lagi, keadaan di kaki lima kawasan pelajar tingkatan 3 tinggi sudah mula riuh rendah dengan kehadirian seorang remaja lelaki yang berpengaruh di negara itu. mana tidaknya, semua penduduk di Jepun mengenali remaja ini. nama keluarganya dimana-mana sahaja. apabila TV dibuka, pasti nama keluarganya yang terpapar di kaca televisyen. malah syarikat keluarga tersebut banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara tersebut. bukan setakat dinegara itu sahaja nama keluarga itu terkenal, malah diluar negara juga.

HARO hanya memandang ke hadapan, malas melayan karenah orang disekelilingnya. dia tahu, mereka hanya berminat terhadap dirinya itu kerana dia mempunyai nama, pangkat dan duit. dia juga tahu, bahawa ramai yang akan cuba mendekatinya kerana inginkan nama. disebabkan itu, dia hanya mendiamkan diri dan mengabaikan orang-orang yang berada disekelilingnya. dia penat dengan sifat hipokrit manusia yang merapati diri mereka kepadanya, dia penat dengan layanan raja yang diberikan oleh mereka kepada nya.

"HEI!!!! APA KAMU SEMUA BUAT KAT LUAR KELAS NIH!!! MASUK DALAM CEPAT!!!"

suara nyaring seorang guru yang tiba2 muncul dari sebuah penjuru koridor mengejutkan semua pelajar yang berada di situ. tanpa berfikir panjang, pelajar- pelajar yang tadinya berkerumun di luar kelas semua dengan pantas masuk dan duduk di tempat masing-masing. HARO yang sedari tadi buat tidak endah mula mengalihkan pandangannya ke arah penjuru koridor tersebut.
Disitu berdiri seorang guru lelaki, dalam lingkungan 40-an, berbadan besar dan gagah, memiliki muka yang sedikit bengis namun masih terpancar ketenangan di dalam matanya.  lelaki tersebut berpakaian formal, baju kot bewarna coklat gelap dipadankan dengan seluar yang juga bewarna sama. kasut jenama crocodile rapi dikakinya. lelaki tersebut memandang HARO yang telah berhenti berjalan.

" kamu NAKAMURA HARO kan? mari ikut saya."

HARO yang sedari tadi hanya memerhatikan penampilan cikgu tersebut kembali tersedar. dia hanya mengangguk tanda mensetujui apa yang dikatakan oleh guru tadi.

" saya guru kelas kamu, YAMAGUCHI. saya dapat berita yang kamu baru berpindah ke sekolah ni petang semalam, sebab tu lah tiada persiapan rapi dilakukan. tapi kamu x kisah kan NAKAMURA?"

dalam perjalanan ke kelas HARO,cikgunya itu sempat menerangkan tentang beberapa perkara. HARO pula, hanya mendiamkan diri, membiarkan cikgunya bercakap. hanya apabila dia merasa perkara itu perlu dibalas dengan perkataan baru dia membalasnya.

perjalanan ke kelas tidak lah sejauh mana, namun disebabkan dia baru berpindah ke sekolah itu, HARO merasakan kelasnya berada berkilo-kilo meter daripada dobi pejabat sekolahnya itu.
cikgunya berhenti, HARO pun mengikuti.

"3-1"

terpampar papan yang menunjukkan nama kelas yang akan diduduki oleh HARO. riuh rendah. ayat2 yang selalu di dengari mula berbisik ditelinga.

"dia masuk kelas ni la!! x sabarnya aq!!!"

"kita kena kawan dgn dia dou! percayala ckp aq, klu kita jadi BFF dia, mesti, comfirm kita dapat layanan sama mcm dia lah!"

"GUYS!! APA KATA KITA SEMUA AJAK DIA LEPAK NGAN KITA PETANG NI NAK? KITA BAWAK DIA JALAN2 KAT BANDAR NI, TUNJUKKAN SEKOLAH NIE? SIAPA NAK IKUT??"

"AQ! AQ!"

"WEH! AQ JUGAK!"


" geng, geng! sabar la! kita x tau pun dia nak ikut kita ke x~ korg ni pikir jauh sgt!"

"mesti la dia ikut! kita ni kira org yang dia perlukan kat sini, apa2 kerja sekolah ke apa mesti dia akan tya kita, lagi pun skrg ni kan pertengahan bulan, mana tau ada lagi subjek yg dia x blajar lagi, nak x nak of course dia kene tya kita jugak. annndddd of course kita akan kwn ngan dia jugak!"

pintu dikuak. semua yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah pintu utama mereka.

"alamak! cikgu lah!!"

'BANGUN!!!!!"

EN. YAMAGUCHI memandang ke arah semua anak muridnya. lalu dia memandang ke arah HARO, memberi arahan supaya HARO tunggu diluar sebentar.

" duduk semua, saya x nak buang masa lama2 kat sini, kamu semua ni dah la lambat satu minggu dari kelas lain."

semua pelajar di dalam kelas itu tertawa mendengar kenyataan guru kelas mereka.

"lek ah cikgu, kami kan class first, senang je nak kejar balik."

" ye lah tu.....dah dah! sekarang ni sya ada pengumuman nak ckp. seperti yg korg semua tahu, kita akan ada pelajar baru. "

sambil EN.YAMAGUCHI menuturkan kata2 nya itu, dia memerhatikan keadaasn di dalam kelas tersebut. ada yang tidak sabar untuk berjumpa, ada yang kelihatan gemuruh, ada yang sempat berdandan untuk kelihatan segak dihadapan orang yang bakal mereka temui ini.

"hmm...." sambil menjeling ke arah anak2 murid nya dia mengeluh, sedikit menyampah.

" ha.....silakan masuk"

semua mata mula terpacak ke arah susuk tubuh yang melepasi muka pintu, segak. bajunya padan di badan, cantik, masih baru, pergerakannya, lenggok tubuhnya, kelihatan berkarisma, rambutnya, walaupun tidak disikat, masih kelihatan terurus, wajahnya, kelihatan tenang dan penuh keyakinan.

dia berhenti disebelah gurunya, mengambil kapur dan mula menulis namanya di atas papan hitam.

"NAKAMURA HARO".

tulisan yang sangat tersusun, padan dengan si empunya badan yang menulis. selesai menulis namanya sendiri di papan hitam, HARO kembali menghadap pelajar-pelajar yang bakan menjadi rakan sekelasnya tak lama lagi. Dia berdiri dan hanya memandang bisu kehadapan.

"baiklah semua, hari ni NAKAMURA HARO akan menjadi salah seorg pelajar dalam kelas kita, cikgu harap kamu akan layan dan berikan pertolongan pada--"

"cikgu x payah cakap pun memang kami akan tolong dia apa yang kami mampu, betol tak guys?" salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu mula menyampuk cakap guru kelas mereka.

"BETOLLLLL!!" ternyata, semua pelajar didalam kelas HARO tidak segan dan malu untuk mengenali dan menghampiri dirinya,

"benda ni lagi..." bisik HARO kepada dirinya sendiri, pandangan nya dilarikan ke luar jendela, langit biru yang tinggi, aan-awan berarak pelan, burung beterbangan menuju ke destinasi yang ingin mereka pergi.

"NAKAMURA-san, kalau tak ada apa2 lagi, kamu boleh duduk di tempat kamu," gurunya berbicara.

HARO mengangguk tanda faham dengan arahan gurunya, pandangannya mula tertumpu ke kerusi meja yang terletak betul2 ditengah kelas.

"mesti mereka dah pakat nak aku duduk tengah2 ni.... mereka ni tak ada kerja ke" monolog HARO lagi.

kakinya tetap dihayunkan melangkah ketempat yang telah ditetapkan itu, walaupun dia merasa jengkel dengan perangai rakan sekelasnya itu, namun tak mungkin dia akan sesuka hati untuk memberi arahan kepada mereka untuk mengubah tempat duduknya dimana dia suka, walaupun dia sebenarnya mempunyai kuasa itu.

kerusi ditarik, semua mata mula memandang dirinya yang  kini sedang meletakkan dirinya di tempat duduk baru.

"IHHHHHH! tengok dekat-dekat lagi hendem la diaaa!!!"

"ish! dia duduk pun dah nampak segak nak banding ngan kita! "

"weh, misi waktu rehat jalankan????"

"mesti lahh! takkan kot nak batal! peluang keemasan ni!!"



HARO mendengar dengan jelas bisikan - bisikan kecil rakan sekelasnya itu, dia seperti sudah tahu apa yabg bakal mereka lakukan selepas ini,namun HARO hanya pandang kedepan dan abaikan ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka semua.



























Selasa, 15 Mac 2016

baru lepas tgok boboiboy the movie...x de la baru mana tapi boleh la dikatakan baru.
hahahha
CERITA DIA AWESOME, GEMPAK NAK MAMPUS KALAH BIG HERO 6 (bagi aq...)

ok fine la klu korg kata animation quality dia rendah daripada big hero tu...hey!

kamon la!!! ko pernah tgok x cerita meet the robinson, the incredibles, bagai2 tu?? animation pixar ngan dreamworks pon start dari bawah.

klu nak harap animation kita punya kualiti setaraf ngan pixar bagai tu mmg x la! at least we have the starting point!

btw, dalam boboiboy the movie ni byk byk byk  gila pengajaran yg boleh kita dapat.

meh gua senaraikan supaya korg2 yg tgok tapi x paham or yg x tgok lagi cerita boboiboy the movie ni boleh dapat skit apa yg diorg cuba sampai kan.
hehehhehe

alright!! lets go!!

1.Janji yang dibuat jgn mungkiri, nanti org dah malas nak berjanji ngan ko.

2.Jgn ingat ko dah dapat apa yg ko nak tu bermaksud ko dah berjaya, benda tu bila2 boleh slip macam tu ja.

3.Kawan yang baik, susah senang akan bersama, x kira la dlm keadaan apa pun.

4.Ego walaupun tinggi, ada masa kita kene rendahkan juga.

5.Walaupun kita ni org yg paling berpengaruh n diperlukan oleh semua org, jgn sesekali kita lupakan org yg selalu support kita sebelum kita jadi org yg disanjung tu.

6.Tanggungjawab besar mana pun, jangan sesekali lupa tanggungjawab yg kecik.

7.Org yang kita x suka, kadang kala akan jadi org yang tolong kita suatu hari nanti.

8.Sahabat datang dalam pelbagai bentuk, n kadang2 bukan sama species pon.

9.Jangan pernah berputus asa, push yourself harder and you will have the reward at the end.

10.Klu kita buat salah, jangan malu tuk minta maaf dan betulkan, bak kata papazola pada boboiboy”jadilahhhh boboiman!!’

11.Jangan pandang rendah pada org lain, even diorg tu bagi kau mcm semut ja, entah2 diorg tu lagi hebat dari kau dalam byk segi.

12. even baik mcm mana pon hub
ungan korg pada org tu, tapi klu dah slalu sgt korg patahkan kepercayaan dia pada korg, wel, nanti korg tau la bila hati dia dh mula x percayakan ko.

13. jgn cuba LARI dari masalah, SELESAI kan masalah tu dgn sedaya upaya, klu lari, x kemana sebb masalah tu akan tetap kejar ko sampai bila2.

14.klu nak buat sesuatu, rancang btul2, tau apa yg nak dibuat, klu x, semua yg dirancang tu x kan menjadi.

15.jangan pernah menipu, sebb klu ko dh mula menipu n org percayakan ko pada tipuan pertama, lpas ni jgn harap mereka nak percaya dah.

'
'
'
'
byk lagi sebenarnya...cuma ye lah...tgok la sendiri klu nak tau apa yg ada dlm cerita tu.


PI PI PI LA TGOKKK!!!!
MASYA ALLAH KLU KORG X TGOK TERLEPAS KUTT!!!
 

Sabtu, 6 Disember 2014

WATAK2 DALAM NOVEL(?) YANG ENTAH BILA NAK SIAP NIH....

baiklah...memandangkan cerita dalm blog ni dah sampai chapter 2...jadi ingin aq perkenalkan watak-watak cerita aq nih.. tajuk cerita ni aq nak letak "adik-adikku".





NAKAMURA YUU
 lelaki yg pakai baju biru duduk tgh2 diantara budak lelaki dan budak perempuan.
umur:  23 tahun.
tarikh lahir: 21 march 19XX
tinggi: 188 cm
berat: 65kg
warna rambut: hitam-kebiruan
warna mata: hazelnut 
pekerjaan: pelajar universiti tempatan, penulis novel fiksyen yang dikenali dengan nama      MR.GEISHA.
makanan kegemaran: burger ayam cheese.
minuman kegemaran:  jus apple
warna kegemaran: putih
suka: baca novel, mr.milky,
benci: org yg suka cakap besar, pembohong, tempat gelap
personaliti: -blur, suka ckp sorang2, agak kelam kabut, baik hati dan agak penyayang, penyabar. tapi bila marah, dia akan diam dan buat muka yg menggerunkan.
keluarga: ayah, ibu, nenek SHIDA, HARO, NOA dan adik beradik NOA yg lain. 
extra:
 abang tiri kepada NOA dan HARO.
mempunyai ayah yang sama dengan HARO dan emak yang sama dengan NOA.
mempunyai beruang mainan yang digelar MR.MILKY.
mak dan ayah bercerai ketika umurnya 9 tahun, dia kemudian dijaga oleh nenek SHIDA dikampung.
bila nenek SHIDA meninggal, dia berpindah dan duduk sorang.
setelah mak ayah dia bercerai, mereka jarang melawat  YUU, dan sebbkan perkara itu, YUU x terima berita tentang adik2 tirinya.

NAKAMURA HARO
lelaki yang pakai baju merah duduk sebelah kiri
umur: 17 tahun
tarikh lahir: 19 jun 19XX
tinggi: 175 cm
berat: 56 kg
warna rambut: coklat gelap
warna mata: hijau
pekerjaan: pelajar sekolah menengah tinggi tahun 3
makanan kegemaran: masakan homemade
minuman kegemaran: kopi
warna kegemaran: hijau
suka: bola keranjang, melepak, main apps
benci: guruh n kilat, penipu, pemungkir janji, perempuan gedik
keluarga: ayah, ibu, YUU.
personaliti: kasar, x sensitif, pemurah, x mudah ditipu, berwaspada, sangat pandai dan berkarisma, tajam penglihatan
extra:
adik tiri YUU dari sebelah ayah
anak tunggal dalam keluarga(klu x masuk abang tiri dia tu)
akan mewarisi syarikat NAKAMURA HOLDINGS SDN.BHD sebb dia menunjukkan bakat yang istimewa berbanding dgn YUU
teruja bila dapat tahu dia ada abang tapi x nak tunjukkan
seorg yg sangat kasar dan ganas di luar tapi ada taman dalam hati
sgt suka bergaduh dgn NOA sebb NOA selalu melawan dia n suka balas balik apa yg dia buat
gadis keliling pinggang tapi satupun dia x layan
first love dia adalah sewaktu umur dia 5 tahun n sampai sekarg still cari perempuan tu


FUKUTOU NOA
gadis yang duduk di sebelah kanan dan pakai skirt hijau
umur: 16 tahun
tarikh lahir: 3 nov 19XX
tinggi: 155 cm
berat: 48 kg
warna rambut: coklat cair
warna mata: hazelnut
pekerjaan: pelajar sekolah menengah tinggi tahun 2
makanan kegemaran: nasi goreng
minuman kegemaran: jus tembikai
warna kegemaran: ungu cair
suka: kanak-kanak, alam sekitar, org yg baik hati, memasak, menjahit
benci: tempat semak, orang yang kasar(HARO), penipu, org yg panas baran, bia diinggalkan sorang2
keluarga: ayah, ibu, YUU, 1 adik perempuan 12 tahun, 3 adik lelaki yg masing-masing umur 15 tahun, 8 tahun dan 4 tahun.
personaliti: penyayang, penyabar, kuat semangat, manis dan suka senyum, pandai memasak, agak lemah dalam subjek2 utama, cepat teruja pada benda baru, emosi selalu terpancar di muka
extra:
anak sulung dari 5 adik beradik(x termasuk YUU)
disebabkan keluarga yang miskin, dia sgt jarang dapat mkn makanan mahal.
sgt teruja bila dapat tahu dia ada abang n x sabar nak berjumpa dengan dia
sgt bencikan HARO sebb HARO selalu menyakat dan mempersendakan diri dia
disebabkan keluarga yg miskin, dia akan habiska masa lapang dia dngn menjahit baju or barg2 kecil untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang
dia sangat miskin sampai baju skolah pon x leh nak beli.


dan itulah penerangan pasal watak2 dalam novel(?)  'ADIK-ADIKKU' ini.
okay....semoga aq ada mood n idea nak sambung cerita ni...... salam..

Khamis, 5 Jun 2014

sketching!!

just want to share gambar je kat sini.
 x der tempat nak buang so buang kat blog ni je lah.
lagi pon blog ni berhabuk je nanti. jadi apa kata kita cuci habuk tu dgn gambar2 yg di lukis oleh diri ini sendiri~! ahahahaha

FIRST!
seorg budak lelaki yg mkn nasi lemak sebagai sarapan dia di sebuah kampung terpincil tah ceruk mana. tangan dia tu mcm cacat kan?? x per lah. malas den nak btol kan benda tu. ahahhahaha. kaler dia memang burok skit sebab mmg benci buat bg. muahahahah

SECOND!!


timmy turner from fairy odd parents. gigi dia x nampak sgt tapi ada sebenarnya tuh.


THIRD!!

jack frost from rise of the guardians. suka jack sebab dia ensem. animation dia pon cantik gak. tapi bagi den la....jalan citer dia x menarik sgt. boleh la....

FORTH!!
TERBARU....AHAHAHA makin teruk nampaknya lukisan ini...apa jadi pada tgn ku??!!! ahahah lacus clyne from gundam seed destiny. suka baju dia yg ni....paling cantik rasanya!! dia dah la cute miut!

THE LAST!!!

KAGAMINE RIN dan LEN!!! muslim version habaq hang!!! mereka kan comei comei so pakai apa pun stil comei-comei~~ ufuffufu~~ ufufuf~~ my children...my babies!!!
don't they look cute??!! they doooo!!!

okay..itu aje lukisan yg nak ditunjukkan bagi menghilangkan sedikit habuk dalam blog ni. okay
assalamualaikum kpd sesiapa yg sudi baca. ahahahha!




Rabu, 4 Jun 2014

chap 2

TING TONG!!
kedengaran loceng berbunyi menandakan ada orang yang sedang menunggu di luar rumah untuk disambut oleh pemilik rumah. YUU lantas bangun dan menuju ke arah pintu utama lalu menguak daun pintu tersebut.

HARO dan NOA yang sedari tadi berada di ruang tamu masih tidak berganjak dari tempat yang sedang mereka duduki. sementara menunggu makanan mereka sampai tadi, mereka bertiga sama2 menonton televisyen walaupon HARO tidak habis2 merungut tentang rancang TV yang langsung tidak mendapat tempat dihatinya. YUU dan NOA pula hanya diam membisu membiarkan HARO melayan perasaannya sendiri.

setelah pintu dibuka, berdiri seorang lelaki yang dalam lingkungan belasan tahun dengan memakai pakaian seragam restoran Pizza Hut. dengan berhati-hati, lelaki tersebut mengeluarkan pesanan yang telah dibuat dari dalam beg has untuk penghantaran dari restoran ke rumah-rumah pelanggan. setelah selamat mengeluarkan semua makanan yang telah dipesan, si lelaki tadi memandang ke arah YUU.

" encik NAKAMURA HARO? pesanan encik dah sampai. harga total RM 147.55." jelas sahaja penghantar makanan itu menuturkan kata2 nya.

YUU hanya memandang ke arah pesanan yang dipesan oleh HARO sebentar tadi tanpa mengelipkan matanya.

"Fuahhhh!!! banyak nye makanan!!!!! kenyang sebulan aku mcm ni!" fikir YUU di dalam hati.

sambil menghulurkan duit untuk melakukan pembayaran(sumber daripada HARO) YUU dengan segera mencapai makanan tersebut ke dalam tangannya. setelah memastikan semua pesanan mencukupi, YUU mengalikan pandangannya kembali kepada penghantar servis itu tadi.

sambil tersenyum,YUU mengucapkan terima kasih kepadanya.

"sama-sama encik." lelaki penghantar servis itu membalas dan terus berlalu dari situ dan membiarkan YUU dihadapan pintu rumahnya.

"woah HARO!!! banyak nya makanan kita hari ni! x payah beli makann untuk esok dan lusa pon x pe." YUU mula menapak ke ruang tamu setelah pintu utamanya ditutup rapat. dia laju2 menuju ke arah kedua-dua org adik barunya itu.

"memang lah byk...kita ni bertiga bukan sorang2 je. dah dah! jom makan jom!" ajak HARO lalu dengan pantas menuruni sofa dan duduk di atas lantai untuk menikmati makanan yang sudah lama ditunggunya. perutnya mula mengubah lagu tersendiri. tidak lupa juga air liurnya yang seakan mahu meleleh keluar apabila melihat pizza kegemarannya di hadapan mata.

NOA juga dengan tertib menuruni sofa dan duduk di atas lantai.
"ahh!!! basuh tangan!" tiba2 NOA bersuara lalu terus bangun dan menuju ke arah sinki yang berada di dapur. setelah selesai membasuh tangan,NOA kembali ke tempat duduknya. dia memandang ke arah YUU dan HARO lalu bersuara,
"basuh la tangan, nanti kena penyakit merbahaya...susah."

YUU yang baru merancang untuk duduk segera menuju ke singki untuk membersihkan tangannya sebelum makan. "betul kata NOA, kene basuh tgn dulu sebelum makan. lagi proper." fikir YUU lagi. selesai membersihkan tangan, YUU duduk kembali ke ruang tamu.

namun mata YUU dan NOA tertumpu kepada HARO yang sudah mula makan tanpa dipelawa langsung. HARO yang perasan akan pandang mereka cuba untuk meneka apa yang berada di dalam kotak fikiran mereka.

"kenapa?? ada masalah ke aku makan? korg x mo makan ke apa? x mo x pa ...aq abiskan sengsorg!" kata HARO keras.

" ehhh??? x lah..x !! cuma.....awak tak basuh tangan ke HARO? mana tahu ada bakteria berbahaya ke kat tangan awak tu." NOA cuba menbalas dengan perasaan sedikit tak selesa kerana takut dijerkah oleh HARO.

"alah!!! lantak la! aq pakai sanitizer sentiasa x kan lah ada bacteria yg nak dok kat tgn aku. ko ni bising la pompuan gila. boleh x tutup mulut ko tu? aq nak makan pon x senang la x guna!" jerkah HARO membalas kata2 NOA.

NOA hanya menunduk dan memandang ke arah lantai, takut matanya bertemu dengan mata lelaki yg baginya agak kurang ajar itu. dirinya sudah mula membenci lelaki itu namun dia cuba mencampakkan perasaan itu jauh2. tak elok sekiranya ada perasaan tersebut sekarang dan juga pada masa akan datang kerana mereka kan rakan serumah...

"HARO.... basuh je la tgn. lagi rasa selamat. kamu pon tadi byk pegang bendakan? lagi pon tadi kamu pergi tandas kamu basuh ke x tgn tu?" YUU pula cuba memujuk adik lelakinya itu. susah jugak ada adik yg mcm ni kan?

"me...mes...mestilah aku basuh tangan!!! x kan x basuh pulak! sape je yg x basuh tgn tu?! aiighhh bukan aku! bukan!!" HARO membalas dalam keaadaan bergetar sedikit. memang dia x basuh tangan tadi sewaktu dalam tandas. ye lah! siapa pon yg kisah kan? dalam tandaslah waktu private kita sensorg.  "dah la...sebabkan abang, saya akan basuh tangan! tapi kau" sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah NOA, HARO bersuara," aku x kan sesekali ikot kata2 ko! " lalu dengan segera dia menuju ke arah singki.

YUU hanya memandang ke arah NOA. kesihan dia kepada gadis kecil tu.

"NOA jgn amik hati dgn kata2 HARO tu. ego dia mungkin tinggi tapi mungkin dia baik hati...mungkin la...."

NOA mengankat mukanya yang sedari tadi memandang lantai dan membalas kata2 abangnya itu,

" ye lah abang YUU. saya akan cuba bersabar dengan perlakuan dia....manalah tahukan..dia mungkin ada masalah dalaman keluarga.. ahaha.. biasanya kan anak org kayakan memang mcm tu?" sambil berkata2, NOA tersenyum kecil. bagi NOA, apabila dia senyum, segala masalahnya akan berkurang sedikit.

"dah!! aq dah basuh tgn! jom lah mkn! lapa dah ni!" kedengaran suara HARO dari arah belakang mereka berdua. HARO lalu duduk ditempatnya dan mula mengambil kembali makanannya yang ditinggalkan tadi kerana ditegur oleh NOA dan abang nya.

"jom makan. jom NOA, mkn jom" balas YUU pula.
NOA mengangguk tanda setuju. sebaik ada YUU, klu tidak pasti dia hanya duduk dan memandang sahaja makanan tersebut kerana dihalang oleh HARO. NOA lantas mencapai sekerat pizza diikuti oleh YUU.

HARO pula hanya memandang sinis pergerakan NOA yang dari tadi diperhatikannya. dia cukup tidak puas hati dengan NOA, sebenarnya dia pon x tahu kenapa... mungkin sebab ini pertama kali dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sangat merendahkan dirinya sendiri.

"mari makan!!!" mereka bertiga berkata dengan serentak lalu menjamah makanan masing2.

apabila pizza hawaiian chicken yang diambil oleh NOA menyentuh lidahnya,mata NOA mula bersinar dengan terang! dengan perlahan-lahan dia mengunyah makanan tersebut untuk menikmati rasa yang amat asing baginya. tanpa dia mengetahui, bibirnya terukir sebuah senyuman menandakan betapa gembira dan bersyukurnya dia dapat merasai makanan sesedap itu. bagi NOA, inilah kali pertama dia makan makanan yang sedap sebegitu. selama ini dia hanya makan makanan yang dimasak oleh ibunya (makanan ibu lain citer..mcm mana pon rasa still no.1!!). paling mewah makanan yang pernah dimakan oleh NOA sebelum menjejakkan kaki ke rumah abang nya ini adalah makanan lebihan yang pernah dibawa oleh ayahnya setelah pulang dari kerja sambilan sebagai seorang cashier di sebuah restoran berdekatan kegiaman mereka.

HARO yang sejak dari awal memerhatikan NOA terkejut melihat perubahan raut wajah gadis itu. dia tidak meyangka bahawa gadis tersebut terlampau teruja dan gembira dengan makanan yang sudah jelak bagi lidahnya untuk makan. baginya, pizza ini bagaikan nasi putih yang sentiasa ada pada setiap kali waktu makan sehingga dia dapat menghafal semua jenis rasa pizza-pizza tersebut.

tanpa berselindung,HARO ketawa berdekah-dekah melihat gelagat NOA. habis semua makanan di dalam mulutnya tersembur keluar. NOA yang sedang berada di alam mimpi terjaga dan kembali ke dalam realiti apabila mendenganr ketawa HARO.

"HAHAHAHAHAH!! HAHAHAH!  aphal muka ko pompuan??!! pelik gila muka kau! AHAHAHAHA WEHHH!! x pernah makan ke pizza ni?? x sangka ko miskin sampai mcm ni sekali!?!! KAH KAH KAH!! "

"di..diam lah....!! x salahkan gembira dapat makan?? saya...saya cuma menikmati makanan ni je, bukannya apa pun...."

"bukannya apa pon?! dari muka kau pon aq dah tau ko x pernah makan makanan mcm ni!! AHAHAHAHA .. lawak lah ko ni!!.  apa...lepas ni nak aq blanja ko mkn mi kari ke? boleh aq tangkap gambar ko yg mcm beruk dapat bunga tuh next time ko menikmati makanan ko! HAHAHA"

"aa~aa! lantaklah apa pun saya nak buat! bukannya saya bawak masalah kat awak."

"x bwk masalah?! klu aq makan ngan abg n terpaksa bawak ko sekali sebb abg suruh n makan kat luar n ko buat muka mcm tu lagi,mau satu restoran pandang kitaorg n of course dapat malu sebb perbuatan ko yg x senonoh tu! sooo!! it's still a problem to me okeyh!?"

"eeehhhh?? x de siapa yang nak ikut awak pun klu awk makan kat luar dgn abg la. saya lebih rela makan mknn yg saya masak sendiri daripada makan makanan yg entah air tgn siapa yg buat tu. entah2 dia masukkan tahi hidung ke apa ke dalam makanan tu,mana kita tahu!"

"ckp org yg first time makan pizza..... ahahaha! aq klu pergi restoran, x main la restoran tepi jalan tuh, mcm tempat standard ko! aq klu gi restoran, aq gi restoran 5 stars yang ada musik bagai. layanan istimewa, tingkat 80 atas banggunan dgn pemandangan yang indah. lain la ko, pergi tepi jalan nampak longkang je bila mkn.klu restoran mcm tu mmg kita x tau lah dia buat apa! HAHAHA"

"awk jgn ckp bukan2 pada org yg bertungkus-lumus menyara keluarga kat luar ya?! sesusah mana pon mereka, mereka akan tetap bekerja dengan hati yg tulus serta menjaga kebersihan. jadi, jgn awk perlekehkan mereka!"

"ko yg start dulu kan kata diorg ltak taik idong la, taik ikan la bagai! nak salahkan aq plak! x yah mkn lah pizza tuh! bak sinih!"

"eehhh??!!! mana boleh! ni pizza saya! saya punya!'

"AAAHHH!! x de! aq byr aq punya!"

"tapi..tapi saya dah mkn lah!"

"bakkkkk!!!!"

"abang YUU!!!"

mereka berdua yang sibuk berebutkan sekeping pizza iu memandang serentak ke arah YUU.

"sedapnye.......ehehehehe.....sedap...." balas YUU yang tidak perasan akan pergaduhan kedua-dua adiknya itu kerana terlampau asyik merasai pizza yang baginya juga, jarang untuk diperolehi.

"abg YUU.....ko pon ke??" HARO dgn tersenyum sinis memandang tidak berkelip ke arah abangnya itu...

"hhmmm??? korg ni kenapa??? kenapa rebut pizza tu? kan byk lagi pizza ni?"

NOA dan HARO berpandangan sesama sendiri.

=_=''

"...................."

"x per lah.....sambung lah makan" kata HARO kepada NOA.

"em..terima kasih..." balas NOA pula.

maka ketiga-tiga mereka sambunglah mkn dgn bahagianya....

























Selasa, 3 Jun 2014

CIS!!
bila aq nak sambung cerita aq nih~!!!!!
x der idea langsung! tolong ler ...oho..

Sabtu, 21 September 2013

dua

''ohkey......! kita kan dah abis pusing2 satu rumah...jadi....apa kata kita makan,nak??" tanya YUU kpd adik2 yang baru dikenalinya hari ni.
"ok jugak tu. kita nak makan apa abang?" tanya NOA.
"abang ade ke makanan? dalam peti ais tu kosong je aq tgok. yang ade kulat je ngan air sejuk." balas HARO.
"ehehehehe.saya-maksud abang...abang tau tu.sebab tu abang keluar tadi pergi beli makanan untuk abang makan. mana la abang tau yang kamu nak datang sini. ahaha...dua orang pulak tu..."perkataan yang terakhir tu dipelankan sedikit supaya adik2 YUU x mendengari apa yang dia cuba katakan.
"oh.....okey..baiklah~kita nak makan apa tgh hari ni? abang beli apa tadi?"
"abang beli sandwich je NOA. tapi satu je la. x cukup untuk kita bertiga makan.jadi ada apa2 cadangan x kita nak makan apa?"
"umm...apa kata kita-" belum sempat NOA menghabiskan ayatnya,HARO pun menyampuk
"kita makan pizza je lah. aq belanja. ala pizza tu murah je tambah pulak laju servis penghantaran dia. ade sapa2 membantah??"
x der sapa yang mengeluarkan suara lalu tanpa membuang masa HARO lantas mencapai telefon bimbit mudah alihnya dan mendail nombor telefon pizza yang ingin dipesannya.
kurang daripad satu minit, panggilannya dijawab dengan seseorang pekerja kedai itu.
"ya selamat datang ke pizza hut boleh kami bantu?"
"saye nak buat order ni"
"boleh bagi no telefon encik?"
"010-23xxxxx"
"encik NAKAMURA HARO. alamat encik-"
"saya dah pindah rumah .... alamatnye.....umm...." HARO terdiam. dia memandang ke arah YUU lalu memberi telefon bimbit tersebut kepada abangnya.
"eh? kenapa ni?"
"alamat. aq x ingat la..."
"oh..." YUU lalu mencapai telefon bimbit itu dan meletakkannya di teliga kiri dan memberikan alamat rumah kepada pekerja kedai tadi. selesai memberi maklumat kepada pekerja tersebut,YUU memulangkan kembali telefon bimbit kepada tuannya. tanpa memikir panjang HARO mencapai dan terus memberi arahan kepada pekerja tersebut.
"ye! saya nak order 1 hawaiin chicken,1 BBQ chicken ngan 2 beef pepperoni. tambah 3 pasta ngan 3 set roti garlic, lebih skit. semua tu set besar skali.sup mashroom bagi 5 eh."
"baiklah encik.saya ulang pesanan encik tadi ye. 1 hawaiin chicken,1 BBQ chicken ngan 2 beef pepperoni pizza, 3 pasta,3 set roti garlic dan 5 mushroom set.semua set besar sekali. itu saja encik?"
"ye.berapa semua?"
"semua skali rm147.55."
"okey"
"makanan encik akan sampai dalam masa 45 minit. terima kasih"
"hm..." HARO memutuskan talian lalu memandang ke arah dua orang insan yang sekarang adalah teman serumahnya.
"kenapa?"
"eh? x der lah. harga semuanya berapa??"
"rm147.55" HARO lalu menuju ke arah sofa di ruang tamu dan melabuhkan punggungnya untuk duduk disitu. dia lalu meraba-raba lantai untuk mencari remote control tv.
"mana remote control tv??" tanya HARO lalu memusingkan badannya untuk melihat ke arah YUU dan NOA yang dimana masing-masing dalam keadaan terkejut selepas mendengar harga makanan yang dipesan itu.
"kenapa ngan korang dua ni? nampak hantu ke?"HARO memusingkan kepalanya kehadapan untuk melihat sekiranya ada apa2 yang x kena disitu.
YUU tanpa memikir panjang terus menuju ke arah HARO yang kelihatan seperti sedang mencari-cari sesuatu di dinding rumah.
"rm147.55??!! mahal gila!!! x pe ke?? kenapa order banyak sangat?" YUU meluahkan perasaan yang difikir kepada HARO sambil menggenggam bahu adik lelakinya itu.
"haah! mahal sangat tu. membazir je nanti semua tu.kansel kan la. baik kita makan sandwich je. beli kat kedai serbaneka je!" NOA pula menyatakan pendapat nya terhadap harga makanan yang baru dipesan oleh mereka. terpampar di muka NOA bahawa dia amat risau dengan maklumat yang baru didengarinya itu.
HARO yang dalan keadaan terpinga-pinga menepis tangan YUU yang erat digenggam di kedua-dua belah bahunya.
"apa yang mahalnya? murah la tu.kita nak makan kan? klu korang x nak makan sebab korang kata mahal,x payah la makan! pergi la makan roti murah tu."
"bukan macam tu la HARO, tapi x ke kita macam membazir je?" soal NOA,takut dengan tindakan HARO yang agak kasar terhadap abang mereka. YUU hanya memandang HARO tanpa berkata apa2.
"apa yang membazir? klu x abis simpan je la kat peti sejuk tu. panaskan,makan balik.abis citer. yang ko nak risau sangat apasal? bukan ko yang bayar pon pompuan gila, aq! dah,blah, blah.menyampah pulak aq cakap ngan stalker macam kau ni. menghancurkan mood aq nak mkn jeh!"HARO menekan remote control tv yang baru dijumpainya diantara longgokan kertas di atas meja tamu. dia lalu membuka siaran yang diingininya tetapi hampa apabila siaran tersebut tidak dijumpai.
HARO lalu memandang ke arah YUU.
"abang, mana astro sport channel?"
"ha? oh...abang x ada astro la HARO.." jawab YUU pelan setelah tersedar dari lamunan nya.
"ape??!!!! x der astro!!?? masalah besar nie!!! mana boleh x der!!! koman btol la."
HARO terus mencapai kembali telefon bimbitnya dan di dail nombor sebuah syarikat.
"helo?? ha...astro ke?  ha! saya nak pasang astro kat umah saya ni. ha?! alamat? kejap. Abang! apa alamat tadi??"
"huh......oh...a.."YUU yang ternyata x memahami apa yang berlaku terus memberikan alamat rumahnya kepada HARO.
"ha. saya nak secepat mungkin ye.klu boleh hari ni.....x per....x kisah la...saya nak semua channel....um..umm.....ok! baik terima kasih." selesai sahaja berurusan dengan orang tersebut,HARO berdiri dan menuju ke bilik air.
dalam perjalanan ke bilik air, dia mengalihkan pandangannya kepada NOA yang sama-sama tidak mengerti apa yang telah terjadi.
"oi! tutup la mulut tu.macam biawak dah aq tgok."
"ahh!!" NOA tersentak denagn teguran HARO lalu menutup mulutnya yangsedang terbuka sedikit. mukanya berubah merah padam.