''aku sunyi.....aku takut duduk sorang-sorang....aku x macam org lain yg mampu berdikari duduk dkt sini...aku lemah. jadi aku mahukan seorang teman...lagi pon..aku bukannya lama duduk di sini...hanya tinggal tujuh bulan je lagi..jadi Tuhan....bagi la aq seseorang yg dapat bersama-sama aku menempuh alam ini...'' bisik hati yg kecil itu...
Lalu..dengan izin-Nya...hati kecil itu pun dikurniakan seorang teman yang berbeza darinya. Hati kecil itu amat gembira dan bersyukur dengan hadiah yg telah diterima daripada Tuhan yang maha esa.
Setiap hari hati-hati kecil itu akan berborak sesama mereka.
''Makanan hari ini sedap bukan??''
''Ahh!! awak sudah besar!begitu juga saya.''
''Awak mahu jadi apa bila besar nanti??''
''saya gembira awak ada bersama dengan saya...''
hati-hati kecil itu kini sudah berubah menjadi sebuah jasad...kecil dan comel bagai seekor anak kucing yang baru dilahirkan.
semakin lama dunia mereka semakin sempit...makanan mereka juga semakin berkurangan..lalu jasad yang menyerupai seorang lelaki itu bertemu dengan temannya. Mereka berbincang bagaimana mahu menghadapi masalah itu..
setelah lama berfikir,mereka mengambil keputusan untuk membahagikan makanan tersebut sama rata.
''saudara, makan la lebih dari saya...saya tidak kisah. Lagi pun saya tidak memerlukan begitu byk makanan seperti saudara.'' kata sebuah lagi jasad yang menyerupai jasad seorang perempuan.
''Tidak mengapa. kita kenalah adil antara satu sama lain...lagi pun saya yang inginkan teman di sini,jadi saya perlulah mengambil risiko itu sebaiknya.''balas si saudara.
temannya tadi hanya membisu...tidak tahu apa yang perlu diucapkan lagi untuk menolak ayat2 yg diucapkan oleh saudaranya.
walaupun kehidupan mereka semakin susah..mereka tetap bersama. susah,senang,gembira,sedih...semuanya bersama...
suatu hari,ketika mereka berdua sedang duduk berehat sambil mendengar lagu dodoian yang dinyanyikan oleh insan yang mereka sayangi, saudara tadi membuka mulut untuk berbicara. sambil berbual, mereka berpegangan tangan.
''saudari, saudari gembira tak hari ini??'' tanya si saudara.
''pastilah saya gembira! awak ada bersama saya..'' si saudari tersenyum.
'' 'dia' pun pasti gembirakan???''
mereka berdua pun mengalihkan pandangan masing2 menghadap ke langit...cantik..bewarna merah.
lalu mereka menjawab serentak....''pasti...!''
selepas itu, mereka ketawa bersama.
Namun langit tidak selalunya cerah... dunia mereka mengalami gempa bumi lalu salah seorang daripada mereka telah tercedera dengan begitu teruk.
''bertahan saudari!!! bertahan..jangan pergi....'' sambil tersedu-sedu si saudara cuba menenteramkan perasaan si saudari...atau mungkin perasaannya sendiri...jari jemari si saudari digenggam erat,seerat-eratnya.
kedengaran si saudari tadi amat susah untuk bernafas... mata si saudara yang biru berkilat itu sudah dipenuhi dengan manik2 jernih yg menitik-nitik ke muka si saudari...
mukanya dirapatkan ke dada si saudari..
''jangan tinggalkan saya saudari...saya takut.....saya takut berseorangan...'' ayatnya kedengaran tersekat-sekat di kerongkong.
''oh Tuhan...janganlah kau ambil dia dari kami...ambillah nyawaku sebagai ganti..'' sekali lagi hati kecil dahulu membuat hajat yang amat besar...
''Oh Tuhan..tolong lah....''
14 tahun kemudian....
'' ibu....saya selalu termimpikan seorang budak lelaki yang memiliki wajah seperti saya...dia selalu tersenyum...dan dia pasti akan mengatakan sesuatu di akhir mimpi saya ibu. namun saya tidak dapat mendengar satu patah perkataan pun keluar dari mulutnya..''
''seorang budak lelaki?? mirip kamu mary??''
''ya ibu...mirip saya..dan setiap kali saya bangun dari mimpi itu...saya pasti akan menangis ibu...dan saya dapat rasakan bahawa saya amat mengenali diri nya.''
ah.... miripku......
''mungkin itu adik mu..ataupun abang mu....''
''abang??''
''yaaa...dahulu semasa ibu mengandungkan kamu..ibu tergelincir dan terjatuh...dan ibu mengalami keguguran...namun salah seorangnya dapat diselamatkan....itu kamulah mary...''
''saya??''
si ibu tersenyum....namun tanpa disedari, air matanya sudah mengalir dipipi...
''ibu masih bersyukur kerana ibu masih ada kamu...''
lalu si ibu dan si anak berpelukan...mengenang kembali kisah lama...
dan aku....hanya melihat peristiwa itu dari atas....aq bersyukur sebab doaku telah dimakbulkan sekali lagi oleh Tuhan....walaupun aq tidak dapat melihat,merasai dan menikmati dunia itu, namun aq gembira kerana orang yg aq sayangi hidup dengan selamat di bawah sana.
ayat yg aq ingin sampaikan itu....walaupun engkau tidak mengerti..namun aq pasti..suatu hari nanti,
kau akan memahaminya....ya....suatu hari nanti...